KBRI Kuala Lumpur (Indonesian Embassy Kuala Lumpur) No. 233 Jln. Tun Razak 50400 Kuala Lumpur, Tel : +603-21164000, 21164200 Fax : +603-21417908, 21423878 Email:info@kbrikualalumpur.org

Monday, October 25, 2010

PENGALAMAN WAK RAHMAT

Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan 'wak' saya, Rahmat tentang pengalamannya sewaktu pertama kali beliau menjejaki saudara mara yang berada di indonesia suatu ketika dahulu.
Katanya pengalaman beliau memang sukar dilupakan memandangkan ia melibatkan ayahnya iaitu embah saya.

Asalnya calon untuk menemani embah saya tu ialah adik beliau Rostam, tetapi di saat akhir adik beliau tidak dapat pergi atas masalah yang tak dapat dielakkan. Akhirnya beliau terpaksa juga pergi, dengan bantuan kenalan ayahnya (embah Mujadi) sewaktu di malaysia yang memberikan nama orang yang akan membantu urusannya sewaktu di Indonesia, maka beliau dan ayahnya pun dengan rasa gembira pergi dengan satu tujuan iaitu untuk mencari saudara mara yang terpisah terlalu lama (lebih kurang 30 tahun).

Sampai saja di lapangan terbang Jakarta, beliau pun membantu ayahnya mencari orang yang dimaksudkan bagi menguruskan urusan sewaktu disana. Beliau teringat pesanan kenalan ayahnya dimalaysia yang menyuruhnya bertanya pada drever teksi di lapangan terbang kerana katanya semua drever teksi kenal orang tersebut. maka beliau pun bertanya pada seorang pemandu teksi dan akhirnya pemandu tersebut mengakui yang dia mengenali orang yang wak saya cari itu.

Tanpa berlengah wak saya terus meminta pemandu tersebut menghantarkan kerumah orang itu. Setelah jumpa orang yang dicari, malangnya apabila sampai ke rumah orang yang di maksudkan tersebut, rumahnya kosong, keluarlah pemandu tersebut bertanya tentang penghuninya pada jiran sebelah rumah itu. selepas itu pemandu tersebut datang membawa berita yang agak mendukacitakan iaitu orang yang wak saya maksudkan sudah berpindah rumahdan diberi alamat baru. Perkara tersebut berulang 3 kali berturut-turut dan setiap kali hendak pergi ke tempat baru pemandu tersebut akan meminta wang. Mahu tidak mahu terpaksa wak saya berikan kerana tiada orang lain yang dapat membawa beliau dan ayahnya dalam keadaan beliau di negara orang.

Setelah puas mencari akhirnya dapat juga pemandu tersebut menemui rumah yang beliau cari itu tetapi duit di poket banyak kurangnya sedangkan destinasi yang dituju masih jauh. Setelah bersalaman Orang itu maka barulah wak saya sedar yang orang tersebut sebenarnya bukan calang-calang jawatan dalam tentera bedasarkan pakaian dan gaya yang dilihat.

Orang tersebut minta pasport wak saya dan embah Mujadi untuk diteliti ujarnya. Sejurus itu wak saya diberitahu bahawa visa lawatan wak saya harus dipanjangkan memandangkan tempohnya terlalu singkat.. pasportnya harus diambil untuk urusan tersebut....
bersambung...

Wednesday, August 18, 2010

MENJEJAK SILATURRAHIM

Pada tanggal 03/12/2009 yang lalu, telah terpahat dalam sejarah keluarga, seramai 6 orang dan mempunyai 2 destinasi yang berbeza iaitu 3 orang hendak ke Ponorogo dan kami (Wak saya Rahmad, abang saya Azmi) ke Banyu wangi. Tujuannya hanya satu, menjejak dan melihat sendiri saudara yan sekian lama (sejak dari arwah atuk) tidak bersua muka.

Ada sebahagiannya yang tidak tahu pun atuk saya (mujadi) sebenarnya pergi ke Tanah Melayu (Malaysia).

Tujuan kami hanya satu, ingin menyambung kembali stali silaturrahim yang sudah sekian lama sudah terputus dengan harapan generasi kami yang akan datang tahu asal-usulnya.

Enam orang yang saya maksudkan tadi ialah terdiri daripada Kiyai Ehsan ( sekarang sudah arwah), Saudara Makrof, Luqman (anak kiyai Ehsan). Mereka bertiga pergi ke Daerah Ponorogo kerana memang sudah menjadi kebiasaan Kiyai Ehsan akan melawat saudara maranya di daerah itu saban tahun (sudah 5 kali).

About This Blog

Lorem Ipsum

About This Blog

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP